. <

Chery Eastar XT lebih bergaya

POSTED BY Hazril Hafiz ON 24 June 2013

Lebih bergaya dengan reka bentuk lampu depan LED terbaru yang menonjolkan lagi gaya maskulin bagi Chery Eastar XT.

Model terbaru yang dilancarkan Chery Automobile (Malaysia) Sdn Bhd baru-baru ini juga dipertingkatkan dari segi teknologi dengan pemasangan pemain DVD bersama GPS serta kamera ‘reverse’.

Lebih  menarik model terbaru Chery ini turut diletakkan skrin paparan LED khas untuk penumpang yang dipasang di ‘headrest’ pemandu dan  penumpang bahagian depan.

Sebagai bukti kereta keluaran syarikat adalah berkualiti, Chery menawarkan program waranti sehingga lima tahun atau 150,000km dengan pembelian Chery Eastar bagi pembaikan atau penggantian komponen.

Hadir dengan enam pilihan warna; Snow White, Sapphire Silver, Sunbeam Silver, Mystic Black, Brown Silver dan Chili Red, Chery Easter XT boleh dimiliki dengan harga RM94,040.70 (harga atas jalan dengan insurans).

Untuk merasai pengalaman memandu Chery Eastar XT, lawati pengedar Chery  yang terdekat. Maklumat lanjut, hubungi 03-7955 6666 atau layari www.cheryinternational.com.my.

Pemenang My Chery, My Condo diumumkan

Bersempena dengan pelancaran model terbaru, Chery Automobile mengambil peluang mengumumkan pemenang-pemenang bagi kempen ‘My Chery, My Condo’ yang diadakan bermula September 2012 sehingga Mei 2013.

Menerima lebih daripada 1000 penyertaan, hanya 50 penyertaan dengan slogan yang menarik terpilih untuk berpeluang memenangi hadiah utama Lagoon Suite Condo yang bernilai hampir RM400,000.

Selain rumah, pemenang yang dipilih menggunakan sistem cabutan bertuah memenangi RM5000 bagi tempat kedua, RM3000 untuk tempat ketiga serta baucar tunai dan petrol diberikan sebagai hadiah saguhati kepada 47 pemenang. –Asyikin Md Isa

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.